Khamis, 14 Oktober 2010

Kajian Tempatan

PENDAHULUAN
Saya Rabiatul Najihah murid tingkatan 1 cempaka di sekolah Menengah Kebangsaan(F) Besout.Saya dan rakan-rakan sekelas serta semua pelajar tingkatan satu menjalankan kajian tempatan.
            Saya bersama dengan seorang rakan sekelas iaitu Intan Noorsyahira telah menjalankan kajian ini.Kami berbincang dengan guru kami dan memilih isu semasa geografi sebagai tema kajian tempatan kami.Kami mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang isu yang hendak dikaji.Tajuk kajian kami ialah kesan terhadap manusia terhadap alam sekitar di besout.
             Kami dikehendaki menjalankan kajian luar untuk mengumpul maklumat.Di samping itu,kami juga diajar tentang cara mengumpul maklumat,memerhati,menyoal,merekoddan menulis laporan tentang hasil kajian.
Objektif kajian ini ialah
1.Mengenal pasti kepentingan jalan raya pada penduduk besout.
2.Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan pembinaan di besout Slim River.
3.Mengkaji kesan pembinaan jalan raya terhadap bentuk muka bumi di kawasan pembinaan di besout Slim River.

Kawasan kajian
Saya telah memilih Felda Gunung Besout 2 sebagai kawasan kajian kami.Rasionalnya ialah kawasan ini terletak di tempat tinggal saya,ini memudahkan kami untuk menjalankan kajian ini
      Felda Gunung Besout terletak di Sungkai Daerah Batang Padang.Kedudukan Felda Gunung Besout 2 ini terletak berhampiran dengan Hulu Pasir.
      Bilangan penduduk yang tinggal di (F) Gunung Besout 2 ini kira-kira 1000 orang ke atas.Kesemua daripada mereka beragama islam.Kegiatan utama penduduknya ialah penanaman kelapa sawit.
Hasil kajian
Sebahagian besar daripada kepentingan jalan aya pada penduduk Besout ialah dapat memudahkan perjalanan dari Besout ke Slim River.Jalan raya ini juga dapat membantu kerja-kerja bomba dan penyeamat.Selain itu,jalan raya juga dapat membantu kerja-kerja pembaikpulih
        Bentuk mka bumi di kawasan pembinaan di Besout,Slim River terdiri daripada tanah pamah yang rata.Penduduk di sini telah menggunakan kawaan tanah untuk pembinaan jalan raya dan kawsan petempatan.
        Kesan pembinaan jalan raya  terhadap benuk muka bumi di kawassan pembinaan di Besou,Slim River berpunca daripada pembangunan ekonomi di Tanjung Malim.
     Rumusan
Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk Felda Gunung Besout.Kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan.Kawasan tanah pamahnya berpotensi untuk dimajukan bagi pertempatan dan pembinaan jalan raya.Penduduknya telah menyesuaikan,dan mengubahsuai pelbagai bentuk muka bumi untuk kesejahteraan hidup mereka.      

LAMPIRAN

Rabu, 13 Oktober 2010